Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Shahabudeen Jalil: Hang Tuah Berbangsa Cina

Menurut Shahabudeen Jalil “Setelah ditemukan bukti bahwa Hang Tuah bersama sahabatnya berbangsa Cina maka orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati”.

Selain itu, dalam artikelnya Shahabudeen Jalil berpendapat bahwa Hang tuah dan ke empat sahabatnya kecuali Hang Kasturi iaitu  Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu berbangsa Cina. Katanya[1];

Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po.

Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Dari keturunan orang-orang Cina Inilah Hang Tuah dilahirkan.
Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Demikianlah alasan dari  Shahabudeen Jalil kenapa Hang Tuah dikata berbangsa Cina. Kalau diamati dan difahami ada benarnya juga. Sebab sebagaimana kita ketahui bahwa di semenanjung Malaya khususnya, orang-orang yang berasal dari luar semenanjung mengikut gelaran namanya sendiri-sendiri, contoh, nama seperti Daeng digunakan orang-orang Melayu keturunan Bugis, Raden digunakan orang-orang Melayu keturunan Jawa, Teuku dam Tengku digunakan orang Melayu keturunan Aceh dan lain sebaginya. Maka dengan demikian Tuah pun demikian, Ia Melayu Cina, bukan Melayu Jati. Nama Hang adalah gelaran dari bangsanya, bangsa Cina keturunan Puteri Hang Li Po. Hang sendiri kemungkinan besar bermaksud bangsa Han, mengikut bangsa asal puteri Hang Li Po.

Baca Juga : Melacak Tempat Pertarungan hang Tuah Vs Tamingsari

Catatan Kaki
[1] Pendapat diambil dari. https://sejarahhangtuah.wordpress.com/2010/06/04/hang-tuah-keturunan-china/

Posting Komentar untuk "Shahabudeen Jalil: Hang Tuah Berbangsa Cina"